Monday, February 23, 2009

Adakah anda seorang surirumah yang ingin berniaga melalui Internet?!

Sekiranya anda adalah seorang surirumah yang ingin meniaga melalui internet dirumah anda teruskan mendapat tips - tips secara percuma daripada kami di Ilham Cipta.com

Sebelum anda membina laman web anda; dapatkan jawapan bagi soalan di bawah terlebih dahulu:

+ Apakah yang ingin anda niaga?
+ Siapa yang akan menghantar produk anda?
+ Apakah nama badan yang menjadi Merchant account anda (bank apa?)
+ Apakah nama badan yang menjadi Merchant account anda untuk kredit kad?
+ Apakah cara yang akan anda lakukan untuk mendapat orang memasuki laman web anda?
+ Bagaimana anda harus melakukan promosi kepada barangan atau produk anda?
+ dan soalan - soalan lain yang akan kita kupas kemudian.\

APAKAH YANG INGIN ANDA NIAGAKAN?
Juallah apa sahaja.

Tapi pastikan barangan tersebut tidak besar sangat, bukan makanan / minuman, haiwan peliharaan (kecuali anda target buyer kena datang pick up sendiri), tidak mudah pecah atau patah, atau apa - apa sahaja yang menyalahi undang-undang dan yang mudah rosak.
Sebaik-baiknya pastikan barangan atau perkhidmatan yang anda ingin jual itu adalah minat atau passion anda. Contoh anda minat menjahit baju kurung. Jadikan itu sebagai business anda. Kerana anda MINAT. Bila minat kerja yang akan terhasil itu ikhlas. Bila ikhlas kerja itu baik dan cantik hasilnya kalau makanan rasanya pun SODAPP.. hehehe.
Lagipun bila minat, kita biasanya dah tahu betul-betul tentang perkara itu kerana ia merupakan hobi kita mungkin sedari kecil lagi. Jadi hasil kerjanya pasti akan menjadi advantage kepada kita dan kepada pelanggan.
<>

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Sila-silalah tinggalka komen anda...

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home