Wednesday, March 11, 2009

Apa yang perlu ada?






Bila anda membina laman web setiap halaman pastikan ada haluan dan tujuan.

Saya susunkan seperti dibawah:

HOME

Halaman ini merupakan halaman pertama anda. Halaman ini adalah yang first sekali pelawat anda akan lihat. Maka ia sangat penting.

Pastikan didalam halaman ini anda:
  1. tujuan anda bina laman web tersebut
  2. iskandungan yang terdapat didalam laman web tersebut
  3. tekankan juga layout halaman ini agar tersusun, menarik dan mudah dilayari oleh pelawat anda
  4. untuk lebih umphh lagi, nyatakan kepada pelawat anda bagaimana mereka boleh dan perlu melayari laman web anda. Misalnya, nyatakan kepada mereka tentang cara mendapatkan produk anda step by step.

About Us

Nyatakan kepada pelawat halaman web anda tentang syarikat anda, organisai anda atau tentang anda. Nyatakan dengan brief tentang pekerja anda(sekiranya ada), tentang produk anda, tentang servis anda dan nyatakan misi syarikat anda.

Untuk lebih menarik dan dipercayai, letakkan gambar-gambar professioanal anda bersama staff anda atau gambar-gambar organisasi sama ada milik anda atau yang anda beli.

Contact Us

Nyatakan medium perhubungan anda. Seperi email address anda, nombor telefon, nombor fax dan alamat lokasi perniagaan anda. Lebih bagus juga seandainya anda dapat memuatkan peta lokasi syarikat anda.

Product List

Huraikan produk atau perkhidmatan anda kemudian link kan halaman tersebut pada halaman yang menerangkan secara terperinci tentang produk atau perkhidmatan tersebut. Letakkan gambar produk anda atau contoh gambar perkhidmatan anda. Jangan lupa pastikan gambar tersebut kelihatan professional.

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Sila-silalah tinggalka komen anda...

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home