Wednesday, March 11, 2009

Surirumah sekalian..., apa yang anda pakar?

Anda pandai memasak ke?
Anda pandai menjahit ke?
Anda pandai mendidik ke?
Anda pandai menjaga suami ke?
Atau ada satu perkara dalam dunia ni yang anda pandai?

Jika ada yang pernah puji masakan anda, tandanya pandai memasaklah tu. Walaupun mungkin hanya masakan tu satu je yang orang puji. Tak kisah janji kira tahu masakan itu anda PRO.

Jika baju kurung yang anda jahit tu dapat pujian hingga ada yang nak tempah tu kira PRO jugak.
Atau mungkin anda sedang ikuti kelas jahitan dengan tujuan nak berbisnes menjahit?!

Jika anak anda yang berusia 4 tahun dah pandai membaca. Itu kira anda pendidik luarbiasa. Ilmu mendidik tu boleh kan dikongsi dengan cara dibukukan dan kemudiannya dijual.. boleh kan?

Jika perkahwinan anda dah memasuki usia 20 tahun tanpa ada tanda-tanda nak terpisah itu tandanya anda pandai menjaga suami anda kan?

Semua contoh diatas yang nyatakan ini adalah realiti bagi kebanyakan kita iaitu SURIRUMAH. Sedar tak sedar kita sebenarnya adalah pakar dalam bidang yang kita ceburi iaitu SURIRUMAH.

Persoalannya, BOLEHKAH BIDANG SURIRUMAH YANG KITA CEBURI SECARA FULLTIME INI MEMBERIKAN HASIL PULANGAN BUAT KITA?

Saya sendiri seorang surirumah sepenuh masa. Dan ya, memang bidang yang Surirumah ini mampu memberikan hasil buat kita. Andai kita yang bergelar surirumah ini rajin InsyaAllah pulangan yang kita dapat pun akan banyak dan bertambah. (janji halal dan berkat)

Bagaimana caranya kepakaran kita dijual dan dijadikan hasil?

Biar saya berterus - terang. Untuk permulaan tak mudah sangat. Mana ada benda yang baik, yang elok dapat dengan mudah. Semua kena usaha dan konsisten. Fikirkan satu perkara yang anda tahu anda bagus tentangnya dan boleh dijual. Contohnya, anda mempunyai resepi - resepi tradisional keluarga yang terbukti sedap dan jarang didapati. Seperti resepi pekasam, rebung, budu, sambal belacan, sambal berlada, gado-gado, rojak dan pelbagai lagi yang asli-asli. Anda boleh taipkan dan jadikan ia sebagai e-book atau buku elektronik (saya akan ajar kemudian tentang ebook) kemudian bina laman web dan jualkan melaluinya.

Bunyi macam mudah. Macam simple. Ia akan hanya jadi simple bila anda rancang kerja anda. Susun elok-elok dan paparkan. By the time bila anda nak mula bisnes yang kedua dah jadi simple. Sebab semua step-stepnya anda dah ketahui. Untuk kali ini perkara yang first sekali yang anda perlu lakukan untuk jadi SURIRUMAH BUSINESSMAN adalah fikirkan tentang apa kepakaran anda, yang anda minat, hobi anda, perkara yang anda banggakan, kepandaian anda dan apa-apa sahaja yang boleh anda secara jujurnya lakukan dengan baik, berkualiti dan penuh minat.

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Sila-silalah tinggalka komen anda...

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home