Wednesday, March 11, 2009

Bina laman web bersama Ilham Cipta.com


Anda ingin mencari designer yang dapat membina laman web anda?
Pada harga serendah RM299.00 anda akan dapat laman web anda, customize mengikut rekaan yang anda inginkan, web hosting, domain name mengikut pilihan anda (www.pilihananda.com/.net/.org)
Juga terdapat pakej-pakej bina laman web yang lain dan perkhidmatan lain seperti logo design, namecard/business card design, brochures, flyers, book or ebook design, catalog design, menus design dan certificate design.
hubungi kami di info@ilhamcipta.com
atau anda mahu Finaz sendiri yang menjawab email anda, hantarkan soalan anda ke finaz@ilhamcipta.com
Dapatkan tips dan panduan bina laman web secara percuma di http://www.ilhamcipta.com/blog.html
Khas untuk Surirumah yang ingin menjadi SURIRUMAH BUSINESSMAN layari http://www.bina-laman-web.blogspot.com

Labels: ,

Surirumah sekalian..., apa yang anda pakar?

Anda pandai memasak ke?
Anda pandai menjahit ke?
Anda pandai mendidik ke?
Anda pandai menjaga suami ke?
Atau ada satu perkara dalam dunia ni yang anda pandai?

Jika ada yang pernah puji masakan anda, tandanya pandai memasaklah tu. Walaupun mungkin hanya masakan tu satu je yang orang puji. Tak kisah janji kira tahu masakan itu anda PRO.

Jika baju kurung yang anda jahit tu dapat pujian hingga ada yang nak tempah tu kira PRO jugak.
Atau mungkin anda sedang ikuti kelas jahitan dengan tujuan nak berbisnes menjahit?!

Jika anak anda yang berusia 4 tahun dah pandai membaca. Itu kira anda pendidik luarbiasa. Ilmu mendidik tu boleh kan dikongsi dengan cara dibukukan dan kemudiannya dijual.. boleh kan?

Jika perkahwinan anda dah memasuki usia 20 tahun tanpa ada tanda-tanda nak terpisah itu tandanya anda pandai menjaga suami anda kan?

Semua contoh diatas yang nyatakan ini adalah realiti bagi kebanyakan kita iaitu SURIRUMAH. Sedar tak sedar kita sebenarnya adalah pakar dalam bidang yang kita ceburi iaitu SURIRUMAH.

Persoalannya, BOLEHKAH BIDANG SURIRUMAH YANG KITA CEBURI SECARA FULLTIME INI MEMBERIKAN HASIL PULANGAN BUAT KITA?

Saya sendiri seorang surirumah sepenuh masa. Dan ya, memang bidang yang Surirumah ini mampu memberikan hasil buat kita. Andai kita yang bergelar surirumah ini rajin InsyaAllah pulangan yang kita dapat pun akan banyak dan bertambah. (janji halal dan berkat)

Bagaimana caranya kepakaran kita dijual dan dijadikan hasil?

Biar saya berterus - terang. Untuk permulaan tak mudah sangat. Mana ada benda yang baik, yang elok dapat dengan mudah. Semua kena usaha dan konsisten. Fikirkan satu perkara yang anda tahu anda bagus tentangnya dan boleh dijual. Contohnya, anda mempunyai resepi - resepi tradisional keluarga yang terbukti sedap dan jarang didapati. Seperti resepi pekasam, rebung, budu, sambal belacan, sambal berlada, gado-gado, rojak dan pelbagai lagi yang asli-asli. Anda boleh taipkan dan jadikan ia sebagai e-book atau buku elektronik (saya akan ajar kemudian tentang ebook) kemudian bina laman web dan jualkan melaluinya.

Bunyi macam mudah. Macam simple. Ia akan hanya jadi simple bila anda rancang kerja anda. Susun elok-elok dan paparkan. By the time bila anda nak mula bisnes yang kedua dah jadi simple. Sebab semua step-stepnya anda dah ketahui. Untuk kali ini perkara yang first sekali yang anda perlu lakukan untuk jadi SURIRUMAH BUSINESSMAN adalah fikirkan tentang apa kepakaran anda, yang anda minat, hobi anda, perkara yang anda banggakan, kepandaian anda dan apa-apa sahaja yang boleh anda secara jujurnya lakukan dengan baik, berkualiti dan penuh minat.

Labels: ,

Bina laman web bersama Ilham Cipta




Labels:

Apa yang perlu ada?






Bila anda membina laman web setiap halaman pastikan ada haluan dan tujuan.

Saya susunkan seperti dibawah:

HOME

Halaman ini merupakan halaman pertama anda. Halaman ini adalah yang first sekali pelawat anda akan lihat. Maka ia sangat penting.

Pastikan didalam halaman ini anda:
  1. tujuan anda bina laman web tersebut
  2. iskandungan yang terdapat didalam laman web tersebut
  3. tekankan juga layout halaman ini agar tersusun, menarik dan mudah dilayari oleh pelawat anda
  4. untuk lebih umphh lagi, nyatakan kepada pelawat anda bagaimana mereka boleh dan perlu melayari laman web anda. Misalnya, nyatakan kepada mereka tentang cara mendapatkan produk anda step by step.

About Us

Nyatakan kepada pelawat halaman web anda tentang syarikat anda, organisai anda atau tentang anda. Nyatakan dengan brief tentang pekerja anda(sekiranya ada), tentang produk anda, tentang servis anda dan nyatakan misi syarikat anda.

Untuk lebih menarik dan dipercayai, letakkan gambar-gambar professioanal anda bersama staff anda atau gambar-gambar organisasi sama ada milik anda atau yang anda beli.

Contact Us

Nyatakan medium perhubungan anda. Seperi email address anda, nombor telefon, nombor fax dan alamat lokasi perniagaan anda. Lebih bagus juga seandainya anda dapat memuatkan peta lokasi syarikat anda.

Product List

Huraikan produk atau perkhidmatan anda kemudian link kan halaman tersebut pada halaman yang menerangkan secara terperinci tentang produk atau perkhidmatan tersebut. Letakkan gambar produk anda atau contoh gambar perkhidmatan anda. Jangan lupa pastikan gambar tersebut kelihatan professional.

Labels: ,

Jika anda upah orang buat website anda.....

Jika anda upah orang untuk bina laman web anda...pastikan...

  • semua maklumat yang anda ingin nyatakan didalam laman web anda tersampai
  • setiap halaman didalam laman web anda disusun dengan ayat-ayat yang pendek, mudah difahami, ringkas tetapi berkesan
  • susunan webpage anda harus betul (bermula dengan index/home, tentang anda dan cara hubungi anda, produk anda, cara pembayaran dan sebagainya)
  • pastikan terma dan syarat yan dikenakan oleh syarikat anda ada dilaman web anda
  • letakkan gambar-gambar yang professional sahaja kerana ini berhubungkait dengan kredibiliti syarikat anda

Labels: ,

Pilihan ditangan anda...JANJI...maklumat anda tersampai

Anda yang perlu menentukan sama ada anda akan membina laman web anda sendiri atau anda akan mengupah designer untuk membinanya untuk anda. Atau anda membeli peralatan membina laman web dan kemudiannya membina sendiri.

Semua pun okay. Anda tahu apa yang anda ingin sampaikan didalam laman web anda. Janji maklumatnya tersampai kira okaylah tu.

Apabila anda membina laman web sendiri pastikan anda tahu pelawat sasaran anda. Adakah mereka itu golongan remaja, ibubapa dan sebagainya. Gunakanlah warna - warna yang sesuai dan sekiranya anda memasukkan gambar pastikan gambar tersebut tidak malap, berlatarbelakangkan putih atau satu warna, atau dipendekkan gambar yang professional. Seandainya gambar tersebut tidak sesuai anda masih boleh mengedit gambar tersebut menggunakan tools yang ada dalam perisian yang sedia ada didalam komputer anda.

Labels: ,